Thursday 20 August 2009

ARGHHHH.....KNAPE EK FASILITI KESIHATAN KERAJAAN *TUUUTTT*!!!!



ambik ko ubat cilanat!!! berani ko nak mainkan aku ek?? ko tak tahu ke aku tgh hangin satu badan ni, jgn ko salahkan aku kalau aku terbalikkan hospital ni dgn rumah ko kat ulu yam tu ek!!

BENCIII.....MARAH....HATRED....RASE NAK JOLOK LUBANG IDUNG DIORG DGN KAYU GOLF!

bayangkan kenapa aku jadi macam gini ek? aku cukup berbulu dengan hospital kerajaan punyer servis, muntah tau takkk.....marahnyeeee......!!!
semalam aku demam, dah lebih seminggu aku demam ni, takutlah contracted virus popular seantero dunia sekarang ni kan......


hahahahahahhahaha.....rasakan kutukanku!!! ini akibatnya kalok mencoba membuat gue menjadi bahan dalam sandwich makanan kamu!!! rasain harganya dongg!!!

setibanye aku kat hospital, terus beratur ke kaunter ambik nombor,tak kisahlah.lepas ambik nombor, nak kena ambik kad plak.adoiii...lecehnya.bukan aku tak pernah datang situ.makcik kantin yang meniaga kat situ pun dah cukup kenal aku, jadi rekod aku mesti ada.ni tidak, nak buat kad baru pulak,padahal sistem berkomputer tu, tak ble trace ke rekod aku datang situ ek? hishhh.....my blood go upstairs already.dah la aku ni demam, walaupun tak teruk tapi aku dah macam hisap gam dah rasenye, badan rase ringan, tekak dah macam telan jadam, apa lagi mau? takper sabo lagi. lepas tu, beratur plak nak berjumpe doktor.darah menurun time ni, sebab ni perkara biaselah kan.aku pun menunggu dengan sabar.masuk-masuk je, soklan paling bodoh ditanya :
"dik, adik nak jumpe doktor ke?"
"dah tu apa lagi saye buat kat sini, takkan nak beli tiub tayar beskal plak kak"
"hehehehehe...jangan la marah dik....akak gurau la.jap doktor kat belakang nanti dia attend adik yer"

ya Allah.......ko lagi nak buat lawak kucing dgn aku mase aku tgh sakit-sakit macam gini. kalau la ada jarum injection tepi-tepi ni tadi, aku chuchok muntot ko tau tak!!
doktor ni pun satu hal jugek, yang ko pergi belakang buat hape? isap rokok ke? mase bertugas ni ko nak isap rokok ke? ahhhh......mendidih darah aku lagi yang dah sedia panas ni.dua minit pastu doktor datang.
"awak sakit ape?"
"saya demam la doktor.dah dekat seminggu tak kebah.kepala pening, selera makan takde.badan rase letih-letih sangat."
"hmmm...temperature awak tak tinggi sangat, 37.5.awak pergi check darah dulu, dah habis awak datang bilik ni terus.takut awak kene denggi.pergi bilik 30, ambik darah pastu awak trus hantar ke makmal kat tempat daftar tadi."

lega dah doktor cakap macam gitu.aku pun zuppp....ke bilik 30.ambik darah pergi lab terus.kat lab, tunggu lagi nombor.huhhh.....gile azab.kalau aku nak beranak, mungkin anak aku dah terkeluar dah aku sambut sendiri skang ni.tapi aku laki2, mane boleh beranak so aku tukarkan kalau aku nak terberak, dah terkeluar dah semua isi perut.tunggu bukan sekejap ek, 30 minit ko nak mampuih?? pak cik yang jalan pakai tongkat orang sakit arthrhitis yang aku nampak mase parking moto tadi dah jalan ke hujung spital ni dah, aku masih di sini menunggu result kampret yang blum kluar kluar lagi.tak puas hatinyeee...... dua buah manggis yang check darah lagi lambat dari aku tu pun dah sudah.ini mesti ada konspirasi pasal aku nengok diorg bukan main sembang lagi dgn petugas lab tu pasal dia pun buah manggis jugek.cisss....aku syak konspirasi.tapi aku tak bole buat apa.mau tak mau tunggulah aku kat situ macam menunggu buah durian jatuh di bangsal kebun.

tanggachi.....u jangan pening-pening itu macam.ane satu kali sudah kasi maruku 5 kilo juga sama itu attendant.itu jawa punya orang kasi belakang.kita depan juga.u tara payah risau-risau juga.it's already settled deyyyy...amma.......

dah selesai....30 minit yang cukup menyeksakan aku, semak lagi kepala otak aku bila aku pergi bilik check-up, dorg dah tutup!! lunch hour kot pkl 1.takpelah, aku tunggu lagi....adoiyaiii...dah la skit bertambah lagi sakit aku menunggu.rumput btulla....ni kalau ade kes emergency dorg buat macam gini, dah lame org yang sakit tu ditolak ke bilik jenazah.haduhhh........kalau pejabat pos boleh dimaafkanlah, ni hospital woiii...orang sakit melambak2.
and to my suprise, dah dekat pkl 2.30 barulah bilik tu ada doktor.waduhhhh......tensennya akuuuuuuu......lepas aje bilik tu dibukak, aku terus masuk je, bagi result tu kat nurse.terus duduk kat doktor dengan muke yang macam tertelan kapur...huduh dan mengerikan.doktor tu pun macam ndak tak ndak je tengok muke aku.


kali ni korang jangan nak main-main ek dengan aku.aku dah naik minyak ni,sape buat lawak selesema babis lagi aku bakar kening dia.....aku tak main-main ni!!! aku marah ni....nampak tak ni??

"the results shown that u'r fine cuma awak demam sikit.tapi tekanan darah awak turun .saye bagi awak ubat tahan sakit n ubat untuk stabil tekanan darah.the dizziness sensation maybe the result of your low blood pressure.awak kena minum byk air kosong.kalau awak rase tak baik juge lepas seminggu, awak terus daftar masuk wad yer.saya kasi surat."
time kasih doktor kerana mengakhiri episod caci-maki aku terhadap hospital yang hampeh ini. lain kali tobat aku kalau demam nak pergi hospital...tobattt!!!!
huh, lepas lebih 2 jam aku menunggu itulah keputusannya.nak maki, dah terlanjur.nak bakar atau serang hospital dengan gas beracun, kesian plak kat orang awam yang ada.so, aku dok diam-diam jerlah sambil mengutarakan rase tak puas hati aku kat blog.kambing gurun btullahhhhhhh.............hospital kerajaan itu!!!




terime kasihlah kerana memilih hospital kami sebagai pusat sehenti rawatan anda ek.ingat motto kami...kami sedia membantu.membantu anda dari segi kalau anda sakit, kami bantu anda sakit hati lagi, kalau anda pening, kami peningkan anda lagi dengan karenah kami.anda ada masalah?? jangan takuttt...kami bersedia menambah masalah anda dengan pe'el kami yang macam orang tak sudah.anda berani hadapi risiko?? sahutlah cabaran kami, datanglah ke hospital ek!!!!

3 comments:

  1. hihihihi..rasain lho hospital kerajaan pny service kan...nak kata hapa... agaknyer klu org ada darah tinggi terus ke stroke kan..!
    aiyoo..awas lho cerca persembahan kapkek mak kan...!

    ReplyDelete
  2. Huihh...jgn marah2 dong..tp tu ah..nk ckp psl servis gomen mmg cliche'...mmg tahap "nan ado" gittew.. sooo.. bawak2 mengucap je laaahh ekk....huhu..

    ReplyDelete

sedang mengutuk blog aku