Friday 23 April 2010

PIAGAM PELANGGAN

Wednesday 31 March 2010

TRIME KASEH ENCIK POLIS!!!

hangitttt.... hanginnn.... macam nak tercabut urat leher aku. katakanlahhh.... kenape begini ek? korang nak tau, aku kene saman pagi ni. sebabnya? nombor plat motor letak tak betul, bengang seyhhh....



macam gini kisahnya, pagi tadi aku pergi keje dgn kapcai cabuk aku. pehhh.... jammed giler. nasib jammed berjalan, kalau jammed statik tak ke berapi punggung aku atas moto. rugi tak bawak roti, kalau tak boleh sapu jam ni :P terpaksalah aku bawak moto dgn penuh sopan santun ibarat anak dara baru turun bas kilang. lepas je jalan tak congested, aku pulas minyak. zupppp..... sampai la ke hway sungai besi.

dalam aku bawak moto tu, aku nengok ada dua-tiga bijik moto patah balik. eh, knapa plak ni ek? aku pikirkan diorang memang saje buat aksi stunt, maklumlah budak-budak baru naik kan. tapi on second thought, aku pikir depan ni mesti ada roadblock. tapi dgn idung kembang-kempis aku redah je, sebab time tu aku complete. cube tidak, mau aku mencicit patah balik tak pun aku buat-buat tayar pancit pastu tolak moto, singsing baju buat muke cicak letih. pastu aku pun jalan la, depan aku ada dua bijik moto lagi. tapi yang bengangnya tu, sesampai je kat tempat kuda putih tu buat roadblock, dua bijik moto tadi lepas, tang aku sangkut. eh, apsal lak ni ek? aku pun berenti je la kan, maklumlah bajet confident la sebab aku complete kan.

polis tu pun soal aku

bagi ic dgn lesen ko.

wahhhh.....baiknye budi bahase. berdesing telinga aku woiii.....

ic, lesen sume ok tapi knapa ko tampal nombor plat ni macam ni? ni salah ni.

aku senyum je.

lepas tu kuda putih ni terus bukak saman sial. huiyoooo.... kuang ajo nye. sebelum ni aku pernah jugek kena tahan tapi dorg lepaskan aje. takder plak byk citer. aku tau ni mesti polis takder duit ni, sampai sanggup aniaya orang. memanglah salah, tapi kecik dan boleh dimaafkan. guna la budi bicara sikitkan. lepas dia bukak saman tu, dia pun suruh aku sain. aku sain la, nak wat camner takkan aku nak hark tuih muke dia lak, tak pasal-pasal kena henyak dgn revolver kat pinggang dia kang walaupun time tu syaitan tgh kipas-kipas aku "ludahlah, ludahlah muke dia. hilang geram ko nanti". boleh plak dia buat lawak kucing pastu

wahhhh.....lain macam sain ko ni. tulisan ape ni?

lagilah aku bengang. tu la dulu orang sekolah agama, ko gi tuang kelas pi main game kat kedai cine, dah tentu aku sain nama aku pakai tulisan jawi, ko tak reti ke? dah la orang melayu. ni kalau bangsa asing tgk ko, dah tentu diorg gelak berguling-guling pasal ko claim tulisan jawi tu tulisan sankrit kan? aku tak jawab soalan dia, aku angkat saman tu pastu terus gerak. malas nak layan, kang aku sakit hati lagi, lagi banyak dose aku mencarut kat dia.

polis skang tgh betul2 takder duit ke? takkan la kan, gaji baru revise. kalau macam gini, macam mane orang nak respect polis? aku tak tipu la, dalam byk2 aku kena tahan, bole bilang ah dgn jari polis cakap baik2, yang lain2 sume jenis dah dilatih untuk menjinakkan singa dan anjing laut. suke bikin panas. so, trimas polis....sedia berkhidmat, cepat dan betul tukar je la sedia menyaman, cepat bukak saman tak betul tak pe balai nanti cerita. :P


saya puji polis buat keje, walaupun......(dengan muke menyampah dan nada bengang)

Tuesday 30 March 2010

BERBLOGGING KEMBALI....


pehhhh.... lama giler seyh aku tak tulis blog. ada la dalam 5 bulan macam gitu. bukan apa, aku bz ah sepanjang hujung tahun lepas dgn awal tahun ni hah. nak buat macam mana kan, kije punye pasal. sampai ke hujung pun blum tentu abis.

so kepada diri sendiri.... selamat blogging balik, boleh itu macam??


selamat kembali kakang!! aku kangen melu koweee.... jgn lupe berus gigiku ini yachhh.... sudah asinnnn.....sekali...waduh gawattt!!!!









Friday 21 August 2009

LAGI SAAT-SAAT API GUNUNG BERAPI MELETUSSSS!!!!



adoiyaiiiii.........ari jumaat ingatkan ari yang mulia dan terlepas bala, rupenye-rupenye tak seindah kabar.malah lebih buruk daripada rupa.pagi-pagi lagi dah kene sound dengan bos aku yang berangan nak kawen banyak tu padahal zakat emas bini dia pun die kedekut nak keluarkan.siap suruh bini dia gadai untuk elak zakat pastu tebus balik.memang kude padi punye orang.rimasss...lemas...panas....(ifa raziah sila jgn gune ungkapan ini untuk tajuk lagu dangdut ek) dengar die membebel.suwey pagi jumaat aku ini hari.



woitttt......walaupun aku tua nak mampos, aku tetap ensem ek.banyak anak dara tergilekan aku tau, ko ada dapat macam aku??

arrrrghhhhhhh.....tensennye kepale aku....semak la orang tua ni.ada ke patut dia sound aku macam gini bunyiknye :
"knape kamu pakai selipar datang keje?"
aku pun menjawab la kan, aku cakap yang benor aje :
"saya datang kije naik moto bos, bukan naik kete.kalau hujan habislah rosak kasut saye kene air."
"isunye kat sini, kamu nak datang ke opis, bukan kamu nak pergi ladang kelapa sawit.so apa salah pakai kasut?"
ya Allah......bengapnye orang tua ni.kan aku dah bagitahu sebabnye tadi.memang otak sentol btullah, tak boleh dengar masalah kite.aku lepas punch, aku turun bilik aku tukar la kasut aku.bukannye aku nak pakai selipar tu sampai kiamat ataupun setiap kali datang kije, aku kene pergi kedai kasut nak beli kasut.jagung btullah dia ni.

malas aku nak berdebat dgn orang tue tu, aku terus turun ke bilik aku.buat apa layan, kang lagi aku menjawab, markah aku kene tolak plak akhir tahun.kalau ikut hati ni,iyahhhhhhh...........


ko ni memang cibaikan bos?? ko memang busuk kan?? apa kate aku tumbuk ko laju-laju?? tak la sakit tapi boleh bengkak-bengkak la.kalau aku tumbuk ko kuat-kuat, ko muntah kayak plak.satu hal lagi aku kene dakwa mengakibatkan kecederaan plak.



moral of the story is, kalau anda rasa nak bertekak dgn bos anda, rentikan la mattt....buang air liur anda aje. dah la dapat sakit hati, anda dapat lagi cacian dan makian maha hebat daripada dia.oleh itu, anda buat bodo aje kalau kene sound dgn bos.nak lepaskan geram? anda carikla mana-mana pokok pisang yang baru berjantung sulong, tumbuk laju-laju.jangan plak anda carik pintu pejabat mahupun dinding tandas untuk melakukan aksi begitu, nak lepas geram punye pasal anda plak yang terkancing gigi geraham menahan sakit.so kids, please don't try this at home ek!!

Thursday 20 August 2009

ARGHHHH.....KNAPE EK FASILITI KESIHATAN KERAJAAN *TUUUTTT*!!!!



ambik ko ubat cilanat!!! berani ko nak mainkan aku ek?? ko tak tahu ke aku tgh hangin satu badan ni, jgn ko salahkan aku kalau aku terbalikkan hospital ni dgn rumah ko kat ulu yam tu ek!!

BENCIII.....MARAH....HATRED....RASE NAK JOLOK LUBANG IDUNG DIORG DGN KAYU GOLF!

bayangkan kenapa aku jadi macam gini ek? aku cukup berbulu dengan hospital kerajaan punyer servis, muntah tau takkk.....marahnyeeee......!!!
semalam aku demam, dah lebih seminggu aku demam ni, takutlah contracted virus popular seantero dunia sekarang ni kan......


hahahahahahhahaha.....rasakan kutukanku!!! ini akibatnya kalok mencoba membuat gue menjadi bahan dalam sandwich makanan kamu!!! rasain harganya dongg!!!

setibanye aku kat hospital, terus beratur ke kaunter ambik nombor,tak kisahlah.lepas ambik nombor, nak kena ambik kad plak.adoiii...lecehnya.bukan aku tak pernah datang situ.makcik kantin yang meniaga kat situ pun dah cukup kenal aku, jadi rekod aku mesti ada.ni tidak, nak buat kad baru pulak,padahal sistem berkomputer tu, tak ble trace ke rekod aku datang situ ek? hishhh.....my blood go upstairs already.dah la aku ni demam, walaupun tak teruk tapi aku dah macam hisap gam dah rasenye, badan rase ringan, tekak dah macam telan jadam, apa lagi mau? takper sabo lagi. lepas tu, beratur plak nak berjumpe doktor.darah menurun time ni, sebab ni perkara biaselah kan.aku pun menunggu dengan sabar.masuk-masuk je, soklan paling bodoh ditanya :
"dik, adik nak jumpe doktor ke?"
"dah tu apa lagi saye buat kat sini, takkan nak beli tiub tayar beskal plak kak"
"hehehehehe...jangan la marah dik....akak gurau la.jap doktor kat belakang nanti dia attend adik yer"

ya Allah.......ko lagi nak buat lawak kucing dgn aku mase aku tgh sakit-sakit macam gini. kalau la ada jarum injection tepi-tepi ni tadi, aku chuchok muntot ko tau tak!!
doktor ni pun satu hal jugek, yang ko pergi belakang buat hape? isap rokok ke? mase bertugas ni ko nak isap rokok ke? ahhhh......mendidih darah aku lagi yang dah sedia panas ni.dua minit pastu doktor datang.
"awak sakit ape?"
"saya demam la doktor.dah dekat seminggu tak kebah.kepala pening, selera makan takde.badan rase letih-letih sangat."
"hmmm...temperature awak tak tinggi sangat, 37.5.awak pergi check darah dulu, dah habis awak datang bilik ni terus.takut awak kene denggi.pergi bilik 30, ambik darah pastu awak trus hantar ke makmal kat tempat daftar tadi."

lega dah doktor cakap macam gitu.aku pun zuppp....ke bilik 30.ambik darah pergi lab terus.kat lab, tunggu lagi nombor.huhhh.....gile azab.kalau aku nak beranak, mungkin anak aku dah terkeluar dah aku sambut sendiri skang ni.tapi aku laki2, mane boleh beranak so aku tukarkan kalau aku nak terberak, dah terkeluar dah semua isi perut.tunggu bukan sekejap ek, 30 minit ko nak mampuih?? pak cik yang jalan pakai tongkat orang sakit arthrhitis yang aku nampak mase parking moto tadi dah jalan ke hujung spital ni dah, aku masih di sini menunggu result kampret yang blum kluar kluar lagi.tak puas hatinyeee...... dua buah manggis yang check darah lagi lambat dari aku tu pun dah sudah.ini mesti ada konspirasi pasal aku nengok diorg bukan main sembang lagi dgn petugas lab tu pasal dia pun buah manggis jugek.cisss....aku syak konspirasi.tapi aku tak bole buat apa.mau tak mau tunggulah aku kat situ macam menunggu buah durian jatuh di bangsal kebun.

tanggachi.....u jangan pening-pening itu macam.ane satu kali sudah kasi maruku 5 kilo juga sama itu attendant.itu jawa punya orang kasi belakang.kita depan juga.u tara payah risau-risau juga.it's already settled deyyyy...amma.......

dah selesai....30 minit yang cukup menyeksakan aku, semak lagi kepala otak aku bila aku pergi bilik check-up, dorg dah tutup!! lunch hour kot pkl 1.takpelah, aku tunggu lagi....adoiyaiii...dah la skit bertambah lagi sakit aku menunggu.rumput btulla....ni kalau ade kes emergency dorg buat macam gini, dah lame org yang sakit tu ditolak ke bilik jenazah.haduhhh........kalau pejabat pos boleh dimaafkanlah, ni hospital woiii...orang sakit melambak2.
and to my suprise, dah dekat pkl 2.30 barulah bilik tu ada doktor.waduhhhh......tensennya akuuuuuuu......lepas aje bilik tu dibukak, aku terus masuk je, bagi result tu kat nurse.terus duduk kat doktor dengan muke yang macam tertelan kapur...huduh dan mengerikan.doktor tu pun macam ndak tak ndak je tengok muke aku.


kali ni korang jangan nak main-main ek dengan aku.aku dah naik minyak ni,sape buat lawak selesema babis lagi aku bakar kening dia.....aku tak main-main ni!!! aku marah ni....nampak tak ni??

"the results shown that u'r fine cuma awak demam sikit.tapi tekanan darah awak turun .saye bagi awak ubat tahan sakit n ubat untuk stabil tekanan darah.the dizziness sensation maybe the result of your low blood pressure.awak kena minum byk air kosong.kalau awak rase tak baik juge lepas seminggu, awak terus daftar masuk wad yer.saya kasi surat."
time kasih doktor kerana mengakhiri episod caci-maki aku terhadap hospital yang hampeh ini. lain kali tobat aku kalau demam nak pergi hospital...tobattt!!!!
huh, lepas lebih 2 jam aku menunggu itulah keputusannya.nak maki, dah terlanjur.nak bakar atau serang hospital dengan gas beracun, kesian plak kat orang awam yang ada.so, aku dok diam-diam jerlah sambil mengutarakan rase tak puas hati aku kat blog.kambing gurun btullahhhhhhh.............hospital kerajaan itu!!!




terime kasihlah kerana memilih hospital kami sebagai pusat sehenti rawatan anda ek.ingat motto kami...kami sedia membantu.membantu anda dari segi kalau anda sakit, kami bantu anda sakit hati lagi, kalau anda pening, kami peningkan anda lagi dengan karenah kami.anda ada masalah?? jangan takuttt...kami bersedia menambah masalah anda dengan pe'el kami yang macam orang tak sudah.anda berani hadapi risiko?? sahutlah cabaran kami, datanglah ke hospital ek!!!!

Tuesday 18 August 2009

SELAMAT SORE, KOWE WES MEDHANG ORAK??



ahhh....pagi yang bening sekali.nasib baik ini hari tak ujan ek, kalau tidak lenjun aku basah pergi tempat kije.alhamdulillah, tak la selipar aku berbau kaki ini hari oleh sebab air becak yang dah kering.so, taklah opismate aku sindir-sindir dgn sindiran yang menusuk kalbu.alahhh....gusti pengiran, terime kasih ya rabbi....Kau telah menyelamatkan aku daripada kutukan yang terlampau. :)

yok kite nengok yok sape kaki paling berbau gengster.....bau satu-satu ek pastu yang paling bau gengster diiktiraf menerima penampo jepun maha hebat di abad ini secara berjamaah ek...no hard feeling wokeh???


pagi ni aku rase macam tak berapa nak sihat ah....batuk-batuk yang blum baik ni satu hal, keje melambak pun satu hal jugek....tapi ada satu hal lagi yang membuatkan aku langsung jadi tak keruan. apa tu ek?? gilak meroyankah aku ataupun aku terlebih makan ubat batuk semalam?? hmmmm..........



laillahhailallah....patutlah aku tak keruan, perut aku merengat rupenye.......tadi pagi lepas bersiap lupe plak nak ke jamban.waduhhhh........patutlah jamban itu sudah panggil-panggil ibarat anak kucing mahukan susunye.so.....


Friday 14 August 2009

first time tulis blog...so tulis je la ape-ape ek?


this is the 1st of all post later on. aku tak tau nak post amender.so aku citer la tentang diri aku.tapi nak citer ape ek? nanti orang bilang aku giler glam plak ek? takperlah aku citer pasal negeri akulah ek senang citer. aku berasal dari johor darul ta'zim particularly johor bahru. aku dibesokan kat sane, dah tuwek (tua) dah form 3 baru aku ngikut parents aku ke kolumpo ni hah.anda nak kenal orang johor? senang je tu... follow tips aku ni ek........................






abang...sebenonyekan ayang kene cirit-birit, tu yang tak lepas kain songket ni hah....ada cela kat kain ni hah.....ko ni selebet btul la supinah....dah dah posing maut pandang kamera tuh!!!

1. orang johor ade baju teluk belanga tau....haaa...korang jgn tak tau tu.tapi baju style takde cekak ni orang johor yang piau je akan selesa pakai.orang lain nampak macam tak smart la kan, tapi bagi aku, aku selesa pakai baju ni.aku tak reti nak pakai baju cekak musang, dari kecik diajo macam gini, pakai baju cekak musang tercekik seyh......kalau aku pakai plak dah macam doraemon, walaupun aku kagum dgn magik yang dia ada, aku tak rela dianggap macam gitu.


2.mane korang nak carik orang yang cakap dalam 10 ayat tu sembilan ada ekkk.... kat belakang ayat? haaa.....carik cepat. tak dapat ek?? dgn kembang idungnye......orang johorrr......tapi tak tahu belah2 daerah lain-lain ek, kat tempat aku sume macam gitu asik-asik ek ok ek ok kat belakang.jgn disalah tafsir dgn keldai plak woiii.....





ha.....ini diaaa.....cicah dgn sambal..tapi jgn silap plak ek jgn dicicah dgn sambal belacan baik2 jilat jari korang jilat dinding pulak karang mender alah tu menggelegak dalam perut,blum sempat ke tandas ko dgn perut ko buhhhhhh..........tgh2 jalan.

3.kitorang kan makan pisang goreng dgn sambal kicap.pelik ek? haaaa....kalau takder sambal kicap tu pisang gorengnye rase tempe lhok. bonyoh aje tapi kalau dicicah sambal kicap, menangis woooo......kalau tak cayer, korang cube la.aku berani kompom satu gerai jual pisang goreng tu korang borong.






tolong ek, walaupun ko mude 77 tahun daripada aku, ko tetap abang ek.pasal abah ko adalah abang kepada abah aku.ko tak layak panggil aku mak cik ok? pasal ko abang!!!

4.pernah tak orang yang lebih mude dari korang dipanggil abang atau akak ek? mesti tak pernah kan? tapi tradisi orang johor la kan, (ini aku tak pasti sebab mengikut tradisi family aku) siapa yang dalam family lagi tua mesti dipanggil akak atau abang. ikut hierarki la macam gitu. contohnye anak pak ude aku umonye dah 32 tahun dia panggil aku abang ijan sebab abah aku adalah yang sulong dalam family. aku pun pelik, apsal ek? tapi abah aku bilang itu biase, die pun panggil sepupu dia akak norsiah padahal mak cik norsiah tu umonye mude 6 tahun dari abah aku.waduhhhh.....perasan mude btul tapi takper.bolehlah kalau agak-agak dah kendur tu pakai sluar yankee lagi kan, dah orang yang mude pun dipanggil akak? tak payah lagi sibuk-sibuk tampal bedak batu cine tu nak tutup kedut, dah sedia mude pun, semula jadi ek.



5.kalau orang johor, tak istilah pekan atau town ek. kalau orang nak pergi jalan-jalan pergi town cakap nak turun bando. kalau pekan kecik pun dipanggil bando jugek.walaupun berada di tengah-tengah paklam, tengah-tengah hutan belantara, kampung yang gile virus selesema babi punye solok, nak beli rokok kat pekan kecik bilang nak turun bando jap beli rokok.maju sungguh walaupun nak beli rokok di kedai wak karjan hujung simpang bando tuh. tapi kat kampung aku belah mak, diorg bilang nak turun laut, sebab bandonye kat situ.





time kasihlah ek melawat blog ini.saye sungguh gumbiraaa.......tgk gigi ni, ini tanda gumbira ek jangan salah tafsir.tidak ada kene mengena dgn osteoporosis mahupun kaviti yer sume.ini tanda gumbira...ulang suara, gumibireeee!!!!

setakat ni jerlah post aku kali ni ek.nanti ade mase lagi aku anulah tulis lagi entry yang lebih mencabar minda dan aspirasi 1 malaysia. (boleh kene saman tak ni ek?) aku tak tau nak tulis apa lagi dah, al maklum baru satu post.gambo pun takder lagik.nantilah aku citer panjang-panjang lagi ek. jangan termuntah plak korang membaca, ini baru sikit ni. blum lagi aku bukak citer sang kancil dan kura-kura aku waima citer puteri gunung berapi (kisah cinte jagung) aku.nantila ek.alon-alon kate orang jawe.kepada blogger lain, ajo lah aku ek, aku baru lagi dalam dunia blog ni hah.sikit-sikit tu tahulah.buah cempedak di luar pagar, kalau dalam pagar kupas dan makan, saye budak baru merangkak nak blajo, kalau salah tolong ajo atau bengap nor tolong tangankan..... :))